Cake Cup

Tips Hubungan Yang Gembira

Assalamualaikum semua, memandangkan hari ni merupakan HARI TERAKHIR 2014 dan juga merupakan aku & kekasih aku lah dah masuk 4 bulan.

Kitorang bergaduh sehari sebelum "monthsary"
dah banyak kali dah jadi mcm ni, dan setiap kali aku merajuk mesti untuk benda yg mcm org kata benda kecil & bila dia merajuk aku yang letih kena pujuk itu ini.

Well korang yang dekat luar sana, pernah ada atau memang tgh ada boyfriend yang kuat merajuk mcm ni? 
bagi aku lah lelaki yg kuat merajuk ni, susah sikit kita nak faham dia. Tapi bagi korang yang boleh faham perangai lelaki yang kuat merajuk, korang ni memang superb lahhh :( :(

Cerita nya gini lah, bagi aku dalam relationship yang kalau asyik perempuan je kena mengalah, tak boleh jalan juga. Kau lelaki takkan nak jadi perempuan, better perempuan tuh je jadi pakwe. Protect kau itu ini. 

Ni tidak asyik si lelaki je nak dimanjakan, dah tuh yang perempuan asyik kena jaga hati lelaki je. Sebelum perempuan tuh giveup better watch out. Take a good step dalam relationship ni. Kalau tak jaga and at last perempuan tuh akan ambil tindakan yg negative and ends up ungkit semuanya.

So aku nak bagi tips untuk A GUY be a gentleman or nak jaga relationship agar kekal

Jangan pentingkan diri
 Memandangkan kau tuh lelaki, so jangan pentingkan diri. Perempuan memang dijadikan hati lembut. Bila kau dah mcm tuh, dia pun susah payah nak pujuk

Kau still berkeras hati juga nak merajuk lagi sampai kau puas hati, membalun ckp semua benda salah perempuan tuh. Pastu last last kau ckp "sorry" perempuan pun jenis ckp terbalik "takpelah" "takpelah"

Takpelah dia tuh kau kena faham, takpelah tapi kau rasa seratus peratus ke dia maksudkan takpelah dia tuh. Pastu lama lama kau lupa, nanti bila dah break dia ungkit. So no way

Jangan pentingkan diri dalam sebuah hubungan, dia ada hak dia juga.

Manjakan pasangan
Seperti mana yang orang tahu, perempuan je yang suka dimanjakan ni. Tapi kebanyakkan nya lelaki bila dah bercinta. Dia pun memang nak dimanjakan.

Kadang kadang jadi greedy, asyik si perempuan je yang kena jaga hati manjakan itu ini. So bila pula turn dia? So seperti tips diatas JANGAN PENTINGKAN DIRI. 

 She wants to be loved and you want to be loved.

Jangan jadikan tempat melepas kemarahan

Semua orang ada masa dia marah sedih gembira dan sebagainya. Tapi untuk yang orang bercinta, memang lah hari hari contact tapi jgn jadikan pasangan kekasih korang tempat melepaskan kemarahan.

Dari punca korang stress marah penat semua, hubungan boleh retak senang senang je. So kalau korang rasa not in mood. Take your time, berehat. Cakap elok elok, dia boleh faham kau penat. She wont disturb you.

Then bila dah okay, baru lah kau terangkan apa masalah kau semuanya.

Jangan jadikan sakit sebagai alasan
So maybe korang ni menghidapi penyakit darah rendah dan etc. Banyak banyak kan bersabar, jangan main hentam orang sesuka hati, pastu last last ckp "sorry lah tadi lupa makan ubat"

Even kau mempersalahkan "penyakit yang kau hidapi" tak semestinya dgn kemaafan kau tuh, boleh memperbaiki luka dkt dalam hati pasangan korang.

Jangan hilangkan kepercayaan pasangan
OKAY YANG NI PART YANG PENTING 

Kepercayaan tuh benda yang first sekali, sekali kau hilangkan kepercayaan pasangan korang, dia memang akan susah nak percaya kau lagi.

Kalau kau tipu untuk benda yang remeh dan lawak, itu takpe tapi bahkan kau tipu benda yang serious. So anytime dia boleh minta nak putus.

Lagi kau banyak tipu, lagi dia dapat findout yang kau menipu, BOOMMMMMMMMMM! Memang dah takde harapan nak bersama lagi.


So untuk semua tips yang aku bagi korang, hope manfaatkan sebaik baik nya. Jangan sia siakan orang yang stay dengan kau. Jangan sia siakan orang yang sayang kau untuk orang yang kau sayang. Be better sempena tahun baru! Oh yeaahhhhh

SELAMAT TAHUN BARU 2015 UNTUK SEMUA ♥ 

No comments: