Cake Cup

LEE CHONG WEI WIRA MALAYSIA!

Hari ini 21 Ogos 2016. Semalam perlawanan final badminton lelaki Olimpik di Rio Brazil. Aku tulis ini buat kenangan, buat generasi muda yang nak tahu tentang seorang wira negara kita. Yang ingin mencari siapakah lelaki itu? Generasi muda takkan kenal beliau kerana hari ini, olimpik kali ini merupakan olimpik terakhir beliau sebelum bersara.

Sekarang ni, aku 16 tahun. Lahir tahun 2000, jadi umur pun ikut tahun lah. Tapi aku harap 10+ tahun akan datang atau bila bila jelah. Post ni masih kekal dekat sini, sebab ini adalah kisah sebuah perjuangan.

Beliau berjuang di medan perang, gelanggang badminton sebagai medan peperangan, raket sebagai senjata dan bulu tangkis sebagai peluru. Tembakan yang hebat dapat dihasilkan melalui kekuatan beliau, hasil usaha beliau sendiri.

Memperkenalkan Lee Chong Wei,
Legend badminton, itulah beliau. Sangat mahir bermain badminton.



Kalau nak tengok banyak lagi gambar dia, boleh google. Senang je.
Buat sesiapa yang tak kenal beliau, disini aku tulis sedikit sebanyak biodata beliau :

Nama  Lee Chong Wei
Negara Malaysia
Lahir 21 October 1982  Bagan Serai, Perak
Tinggal Kuala Lumpur, Malaysia
Tinggi 1.72 m (5 ft 7 1⁄2 in)
Berat 60 kg (130 lb; 9.4 st)
Tangan Kanan
Coach Hendrawan
Lelaki Perseorangan
Rekod Kerjaya 641 menang, 118 kalah
Career title(s) 64
Kedudukan yang tertinggi 1 (29 June 2006)
Kedudukan sekarang 1 (28 July 2016)

Dato 'Lee Chong Wei (lahir 21 Oktober 1982 di Bagan Serai, Perak [1]) ialah seorang pemain badminton profesional Malaysia. Sebagai pemain perseorangan, Lee telah menduduki tempat pertama di seluruh dunia untuk 199 minggu berturut-turut dari 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012. [2] Beliau adalah pemain Malaysia ketiga selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim untuk mencapai apa-apa kedudukan yang (sejak ranking rasmi telah mula-mula disimpan pada 1980-an), dan merupakan satu-satunya pemain badminton Malaysia untuk memegang ranking nombor satu untuk lebih daripada satu tahun. [3]

Lee adalah pemenang pingat perak triple pada Sukan Olimpik, menjadikan beliau keenam Malaysia untuk memenangi pingat Olimpik. [3] Beliau pertama melakukannya pada tahun 2008, ini juga rakyat Malaysia yang pertama sampai ke peringkat akhir dalam acara perseorangan lelaki, berakhir pingat Olimpik Malaysia kemarau sejak 1996 Permainan. Pencapaian ini juga dianugerah gelaran Dato ', dan penerangan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang wira negara. [4] Beliau mengulangi pencapaian dua kali lebih pada tahun 2012 dan 2016, sekali gus menjadikan beliau yang paling berjaya di Malaysia

P/s : aku malas nak translate sendiri, so aku guna google translate terus. Aku copy paste je sebenarnya

So ni sedikit sebanyak biodata beliau. Kalau nak tahu lebih mendalam boleh pergi baca dekat Wikipedia <- tekan situ

Jadi, nak diceritakan aku sangat bangga kerana dapat hidup dalam era kegemilangan Lee Chong Wei, lelaki ini sangat hebat orangnya. Orang yang tak kenal erti putus asa itulah beliau.

Dari kecil lagi, aku membesar zaman beliau. Aku lahir tahun 2000, beliau pula menyertai Olimpik tahun 2004, dan memenangi pingat perak di termasya sukan Olimpik pada tahun 2008 di Beijing dan 2012 di London. Selepas mampu memenangi pingat Perak itu, semenjak itulah nama beliau semakin terkenal bukan sahaja di Malaysia tetapi dipersada dunia juga. Jadi memang hakikatnya, membesar dengan mendengar nama beliau diseru - seru oleh orang ramai. Automatic diri sendiri tahu, oh dia ni lah orang Malaysia yang hebat main badminton tu.

Beliau ni bukan calang - calang orang, hebat bermain badminton. Namun, rezeki tidak berpihak kepada beliau. Sudah dua kali beliau mampu pergi ke pentas akhir badminton lelaki perseorangan, namun pingat emas masih lagi tidak dapat dikecapinya. Sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai badminton negara, beliau juga mempunyai pihak lawan yang setanding beliau dan merupakan sahabat baik beliau di luar gelanggang, iaitu Lin Dan dari China.


Nama Samaran Super Dan
Nama Lin Dan
Negara China
Lahir October 14, 1983 Longyan, Fujian, China
Tinggi 1.78 m (5 ft 10 in)[1]
Berat 70 kg (150 lb; 11 st)[1]
Tangan Left
Coach Xia Xuanze
Lelaki perseorangan
Rekod kerjaya 585 menang, 80 kalah
Career title(s) 62
Kedudukan Tertinggi 1 (February 2004)
Kedudukan Sekarang 3 (July 28, 2016)

Lin Dan ni muda setahun je dengan Lee Chong Wei

Sepanjang 36 kali pertemuan mereka di gelanggang badminton, 25 kemenangan berpihak kepada Lin Dan.

Tapi ini bukan bermakna Lee Chong Wei akan berputus asa kerana tahu Lin Dan lebih hebat daripada beliau. Tetapi Lee Chong Wei, tetap bangkit. Pergi training hari hari, mempersiapkan diri, untuk berlawan dengan musuh ketat beliau, iaitu Lin Dan.

Peminat - peminat badminton sangat terpukau dengan permainan mereka. Acapkali perlawanan mereka berlaku, pasti akan menjadi sengit. Itulah kehebatan kedua - dua jaguh dunia ini. Mereka berdua setanding hebatnya, setiap kali perlawanan, dapat menyamakan markah mereka. Itulah, kedua - keduanya juga pernah menjadi pemain ranking pertama dunia

Pada tahun 2016 ini, kedua - dua jaguh dunia ini sedang menghampiri penghujung career mereka. Maka Olimpik 2016 di Rio De Janeiro, Brazil merupakan pentas akhir mereka berdua. Kedua - duanya mengimpikan emas buat kali yang terakhir. Buat Lee Chong Wei, emas itulah yang diimpikan, untuk kali terakhir sebelum bersara. Walaupun hanya satu, tetapi itulah yang beliau harapkan sebagai kenangan manis beliau untuk meninggalkan pentas dunia tersebut. Namun, buat Lin Dan pula, emas yang diimpikan itu bakal menjadi emas ke-3 beliau di pentas dunia ini kerana beliau lah yang memenangi pingat emas sebanyak dua kali di termasya Olimpik 2008 Beijing dan 2012 London.

Berdasarkan interview Lee Chong Wei beliau mengatakan :
"Saya sentiasa mempersiapkan diri dengan latihan yang sangat sukar dan berat untuk setiap perlawanan. Tetapi saya pasti akan kalah pada perlawanan terakhir."
 
Mereka berdua telah bertemu sebanyak dua kali di pentas akhir olimpik pada 2008 dan 2012. Kedudukan yang sama diperolehi oleh mereka berdua. Iaitu, emas buat Lin Dan dan perak buat Lee Chong Wei. Kegagalan beliau untuk meraih pingat emas pada Olimpik London 2012, membuatkan beliau berusaha keras untuk mencapai impiannya pada Olimpik Rio 2016 iaitu di Brazil.

Kedua - duanya musuh di dalam gelanggang, tetapi kawan baik di luar gelanggang.


 
Atas dan dari kiri, tahun 2008,  kemudian tahun 2012. Seterusnya yang dibawah pula tahun 2016.
Begitulah nasib wira kita Lee Chong Wei yang mendapat pingat perak sebanyak tiga kali dipentas olimpik beliau.

Kebiasaannya, Lee Chong Wei akan bertemu Lin Dan pada pentas akhir. Tetapi pada tahun 2016, secara tidak langsung beliau terpaksa hadapi Lin Dan di pentas separuh akhir untuk melayakkan diri pergi ke pentas akhir.

Pada 19 Ogos 2016, perlawanan antara Lee Chong Wei dan Lin Dan berlaku. Perlawanannya seperti biasa sangat sengit. Dua jaguh dunia berlawan antara satu sama lain, apa lagi yang ingin kita bayangkan, mestilah kedua - duanya memberikan pertunjukan sehabis baik. Dan akhirnya, perlawanan ini disudahi dengan kemenangan terhadap Lee Chong Wei.

Buat julung kalinya Lin Dan tewas di tangan Lee Chong Wei pada pentas olimpik di peringkat separuh akhir itu.
15-21, 21-11, 22-20 
Pada kali ini kemenangan berpihak kepada Lee Chong Wei sekali gus beliau berjaya melayakkan diri ke pentas akhir.




Lee Chong Wei menaruh harapan yang sangat tinggi untuk memenangi pingat emas buat kali terakhir sebelum bersara. Tetapi Lee Chong Wei tewas di pentas akhir dan mendapat pingat perak yang ketiga di termasya sukan Olimpik.


Wajah sedih beliau jelas terpampang, namun apakan daya, itulah suratan takdir. Pingat emas yang ingin dikecapi, terlepas jua ditangan Chen Long. Pemain yang berasal dari China.

Kisah ini tidak berakhir disini sahaja, Lin Dan telah menulis surat untuk beliau. Disini aku selitkan gambarnya, buat kenangan pada masa akan datang :


  

Buat abangku, Chong Wei:


Semasa saya melihat awak melempar raket awak semalam, dan melompat ke udara sambil menjerit kemenangan, saya sebenarnya gembira untuk awak.

Kita telah kenal antara satu sama lain selama 16 tahun. Kita masih muda dan sangat bertenaga. Waktu itu terdapat Taufiq, Peter Gade, kita berdua tidak setanding mereka. Saya menang semasa perlawanan kita yang pertama kali, tetapi kita berdua tidak pernah terfikir, selepas beberapa tahun, saya berlawan bersama awak.

Kita telah menang dan kalah, sudah tentu, sedikit kebanggaan kepada saya kerana saya menang lebih banyak. Tapi saya tidak mahu bercakap tentang kemenangan, sebab kita tidak lagi akan diukur melalui kemenangan. Sesetengah orang memanggil saya "Super Dan", dan ada sesetengah orang yang kasihan terhadap awak, kerana awak tuah awak sentiasa berada sedikit di belakang saya, di setiap perlawanan yang besar. Saya akan menang keatas awak.

Saya berterima kasih kepada awak, selain daripada kemenangan dan juara, masih lagi terdapat hubungan hangat antara "Lin-Lee" melalui nama saya. Kita seperti Ronaldo dan Messi, Larrry Bird dan Magic Johnson, Feder dan Nadal, kekal bersama disebabkan antara satu sama lain.

Disebabkan anda, wujudlah diri saya yang lebih baik. Saya dapat hampir semua kejuaraan, awak masih lagi tidak menyerah kalah dan mengundur diri. Saya rasa boleh menyanyikan "ianya sepi menjadi seseorang yang tidak boleh dikalahkan" (nama lagu), Kalau bukan awak yang memaksa saya berpeluh, orang yang akan bertemu dengan saya bertentangan dengan jaring setiap kali kita di perlawanan akhir.

Awak telah melepaskan segalanya untuk mengejar saya, saya juga tidak memberi awak untuk melepasi saya.

Awak berlatih, saya berlatih. Awak tak terima kekalahan, saya juga tak terima kekalahan.

Kita sudah berusia, pemain pemain muda semakin bertambah. Saya akan menghatar mesej kepada awak dan kita berbual pasal pemain pemain muda.

Mereka terpaksa melalui kesukaran dengan pelbagai pertandingan kejuaraan. Ianya bukan seperti dulu, sewaktu hanya awak dan saya sahaja. Sejujurnya, ianya agak sepi. Tetapi setiap kali saya berlawan dengan awak, saya dapat melepaskan semua kekuatan saya.

Hanya awak sahaja yang sesuai untuk mencabut pedang yang telah saya asah selama ini.

Tambahan pula, dapat pergi ke Rio, kali ke-4 saya menyertai Olimpik. Semasa suku akhir, saya terpaksa bekerja keras sedikit untuk mengalahkan budak India itu, Tapi saya dapat juga menewaskannya.

Semasa saya hampir tidak dapat mengekalkan permainan tersebut, saya teringat janji saya dengan awak yang kita berjanji untuk bertemu di perlawanan separuh akhir.

37 kali  saya bertemu awak bertentangan dengan jaring, ia telah menjadi pusingan yang lengkap sejak daripada perlawanan kita yang pertama. Sebenarnya, apabila saya jatuh dan kalah kepada awak, saya tidak menyesal. Awak adalah musuh saya yang paling hebat, saya merelakan diri kalah kepada awak tanpa sebarang penyesalan.

Ketika saya memeluk awak, saya berasa 10 tahun bersama awak adalah sebuah mimpi.

Saya akan mengambil jersey awak dan tunjukkan kepada anak saya dan memberitahu dia "Ada seorang pak cik bernama Lee Chong Wei, musuh ayah awak yang paling hebat dan juga kawan baik"

Berjumpa awak pada tahun yang indah buat saya adalah tuah saya.

Semoga berjaya di perlawanan akhir

-- Lin Dan

Bukan itu sahaja, Lee Chong Wei turut membalas mesej yang diberi oleh Lin Dan 








Adikku, Lin Dan:

Saya akan menulis surat ini dalam bahasa Mandarin, walaupun awak tahu saya lancar bercakap Mandarin, tetapi saya tidak begitu mahir menulis dalam Mandarin.

Tetapi, masanya sudah tiba untuk menulis apa yang telah kita lalui.

Pada tahun 2000, pada waktu itulah kita berjumpa antara satu sama lain buat pertama kalinya, dan kita mengambil gambar bersama.

Saya ingat lagi, awak sentiasa kelihatan hebat, memakai suit dengan kasut kulit. Kita sangat muda pada waktu itu. Sejujurnya, saya tak terbayang pun yang kita akan melalui pengalaman yang sangat panjang, cerita yang menarik.

Februari 2004, kita berlawan antara satu sama lain buat kali pertama, dan saya kalah.

Dalam satu tahun itu, kita telah berlawan sebanyak 8 kali tetapi saya hanya memenangi dua kali sahaja.

Saya pandang kearah awak, dan bertekad, saya akan berlawan dengan awak untuk gelaran juara. Tetapi, pada waktu itu, Taufik (Indonesia) and Peter Gade (Denmark) adalah sangat hebat berbanding kita,

walaupun kita telah bermain sebaik mungkin dan sepenuh kekuatan, mereka dengan mudahnya mengambil impian kita untuk bergelar juara.

AWak berasa tidak puas hati, saya juga begitu.

Saya tahu awak berlatih sangat kuat, jadi saya juga kena berlatih lebih kuat berbanding awak. AWak berlatih 10 jam sehari, saya berlatih lebih daripada 10 jam sehari. Setiap kali saya rasa putus asa, saya tidak boleh berhenti memikirkan awak.

Kalau saya tak boleh menang lawan awak, macam mana saya nak jadi juara?

Akhirnya, satu hari, saya rasa saya telah berjaya sampai kepuncak, dan saya nampak awak sama seperti yang lain. Saya ingat saya sudah bersedia dan saya nak buktikan diri saya hebat dengan mendapatkan gelaran juara. Cara untuk membuktikan diri saya hebat adalah dengan memenangi perlawanan terhadap awak.

Namun, saya masih lagi terpaksa mengharungi dunia realiti yang penuh kepayaha. Pada 2008, Olimpik di Beijing, awak sangat hebat semasa perlawanan. Pada 2011, World Championship, awak telah meraih begitu banyak penghormatan dan apa yang saya dapat adalah kemasyhuran pemain no.1 yang tak dapat dilihat. Masih lagi saya kalah.

Satu tahun kemudian, di Olimpik London, semasa saya melihat awak melemparkan raket kepada penonton sambil belari dengan penuh kegembiraan di dalam dewan, tahukah anda betapa panas nya saya? Saya tidak berasa untuk bangkit semula kerana keputusannya sangat melukakan hati saya. Sepanjang 4 tahun,

saya asyik memikirkan bagaimanana hendak mengalahkan awak? Tetapi pengakhirannya, masih lagi mendapat pingat perak. Saya ada terlampau banyak pingat perak, dan awak memperolehi terlampau banyak pingat emas.

Saya cuma mahukan satu emas, satu emas untuk termasya sukan yang besar. Satu sudah cukup.

Saya berlatih bermati matian. Saya tidak ingat saya telah mengoyakkan berapa banyak kasut, mematahkan berapa banyak rake, berlatih di dewan tanpa mengira siang dan malam,

nama awak sentiasa berada di dalam fikiran saya. Kadangkalah, saya berasa diri saya ini bernasib malang, berjumpa dengan orang yang hebat seperti awak. Jika tiada awak, saya sudah menjadi juara sepanjang 10 tahun ini. Saya tidak boleh ubah realiti, saya hanya boleh dapat apa yang saya nak dengan mengalahkan awak.

Tetapi, waktu dulu, kita sentiasa berbual bersama melalui SMS. Saya tahu mendapat beberapa tan kekayaan adalah senang, tetapi bukan kawan baik. Saya berharap saya boleh jadi kawan awak selamanya, tetapi dalam kehidupan seharian,

saya masih berharap saya dapat gelaran juara. 2013, World Championship, pengakhirannya masih sama, tetapi, saya tidak mendapat peluang berlawan dengan awak. Saya jatuh. Apa bila awak lari kearah saya, dan bertanya adakah saya okay, saya pegang lutut awak,

saya tidak boleh luahkan perasaan saya pada waktu itu. Betul, Lin Dan, awak adalah musuh saya yang terbaik dan kawan baik saya.

Sekarang, saya sudah tua, awak juga tidak muda lagi. Terdapat ramai pemain baru, menginginkan kedudukan kita. Kadangkala saya rasa saya kalah dengan mereka. Tetapi dalam fikiran saya, awak sahajalah lawan saya. Hanya dengan mengalahkan awak, gelaran juara itu bermakna.

Tentang kita berdua, sangat hangat diperkatakan di media, bertanya kepada saya akan wujud lagikah "Perlawan Lee-Lin" pada masa akan datang. Sejujurnya, saya pun tidak tahu, tapi saya menunggu untuk itu. Kita sudah tua sekarang, peluang semakin tipis.

Semalam, akhirnya saya telah berjaya mengalahkan awak. Saya sangat gembira! Ia bukannya disebabkan pingat emas, tapi saya sangat bersemangat untuk menang berlawan dengan awak. Semua orang berharap untuk menjadi pahlawan, dan pada saat saya mengalahkan awak, itulah waktu kemenangan saya yang paling hebat. Apabila kita berdua bertukar jersey,

saya dapat melihat parut parut dan bandages di badan kita. Saya ingat lagi waktu pertama kali berjumpa, Jika kita boleh mengundur masa pada waktu itu, menarik bukan? Cerita ini akan sentiasa terukir di minda saya.

Tanpa awak, semua saya akan jadi membosankan. Apa tujuan saya bekerja keras?

Adik, awak sudah tidak perlu untuk berada di perlawanan akhir untuk tahun ini lagi.

Sejak itu, kenapa tidak meninggalkan tepukan untuk saya?

-- Lee Chong Wei



Pada 2016, Lee Chong Wei membawa pulang pingat perak buat kali ke-3 di Olimpik. Manakah Lin Dan tewas oleh pemain daripada Denmark ketika perlawanan merebut pingat Gangsa.

Lee Chong Wei seorang pemain yang tidak mengenal erti putus asa.
Diharapkan cerita yang disampaikan ini dapat  dijadikan motivasi buat anak - anak muda diluar sana.

Hubungan persahabatan antara Lin Dan dan Lee Chong Wei sangat hebat.

Terima kasih legend!

Tiada lagi legend legend ini pada Olimpik 2020 yang akan datang.

LEGEND NEVER DIES







No comments: