Cake Cup

Kisah Jodoh Buatnya


Large

Assalamualaikum dan bismillahirahmanirrahim sebagai permulaan entry liya hari nie. Jadi, sebenar nya liya tak nak tulis panjang panjang. Tapi liya dapat ilham nak tulis pasal entry nie time liya dekat kampung. Well, as you know adik beradik belah mak liya ada 6 orang adik beradik. Tapi adik bongsu mak liya nie walaupun sudah berumur dalam lingkungan tiga puluh lebih tapi dia masih belum berkahwin. Okay liya nak start cerita. 

     Semalam, liya dan keluarga liya pulang kekampung. Dan kebetulan, mak tam liya nie pun balik kekampung juga *mak tam adik bongsu mak liya. Jadi nya . Tadi waktu dia nak balik semula kerumah nya. Dia ada berikan sedikit wang untuk aki liya.

      Jadi dari situ liya terfikir, tanggungjawab ibu bapa kepada anak perempuan belum lepas selagi anak nya belum bernikah. Jadi, aki liya tuh masih lagi pegang tanggungjawab untuk menjaga mak tam liya. Tapi aki liya dah tua, dah tak berlarat lagi. Mak tam liya pulak tinggal sorang sorang dkt rumah dia di Kuantan.

      Mak tam liya nie dia nie seorang yang agak islamik. Dia suka membaca pelbagai jenis buku termasuklah buku yang berkonsep kan percintaan yang membawa kesyurga. Tetapi, sampai sekarang dia belum mempunyai teman sehidup semati dia. Dia nie agak tidak menyukai dengan perangai lelaki. 

      Pernah sekali tuh, ada juga orang yang minta dia menjadi isteri. Tetapi dia menolaknya kerana dia kurang suka dgn lelaki itu. Walau bagaimanapun liya nak cakap, sekali dah tolak, susah nak dapat yang lain :\ 

      Liya bukan nya apa ? Selagi mak tam liya belum berkahwin selagi tuh aki liya bertanggungjawab untuk menjaga dia. Tapi sekarang nie dia tinggal bersendirian. Siapa yang nak jaga dia ? Kesian liya tengok aki liya. Berdosa kalau tak amanah dalam melakukan tanggungjawab. Hm, sampai bila tanggungjawab aki liya nak lepas nie ? Liya pun tak tahu :\ 

Hmmmmmmmmmmmmmmmm....

No comments: